Saturday, 13 October 2012
Halal dan haram ikan keli & khasiatnya
KHASIAT KELI
Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.
Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.
Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)
Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).
Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman ****. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
• Kepala berbentuk 'V'
• Bentuk badan mirip torpedo
• Badan berwarna hitam berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak (iskk ku baru tau nih)
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
• Kepala berbentuk 'U'
• Bentuk badan tirus
• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
• Digoreng tidak meletup
Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=362997
Friday, 12 October 2012
A6 Aluminium
DIBANGUNKAN dengan reka bentuk berkonsep ketepatan serta terperinci dan disokong teknologi pemprosesan terpantas, kemunculan iPhone 5 bukan saja dinantikan tetapi ia berjaya menterjemahkan identiti telefon pintar iPhone yang cuba diperkenalkan Apple Inc sejak 2007.
Konsep "lebih nipis, lebih ringan dan lebih pantas" yang ditampilkan siri keenam produk iPhone bukan sekadar tema pemasaran Apple, sebaliknya inovasi untuk produk masa depan.
Kebimbangan kemampuan beroperasi pada saiz lebih nipis dan ringan terjawab menerusi penggunaan cip terbaru A6 untuk keupayaan pemprosesan pantas.
Gajet edisi ini akan mengupas dua ciri utama di sebalik iPhone 5 iaitu reka bentuk dan teknologi cip A6 yang menjadi tunjang kepada kestabilan telefon pintar itu.
Dari segi reka bentuknya, Apple masih mengekalkan saiz kelebaran sama seperti model sebelumnya, tetapi ketinggian iPhone 5 ditambah bagi menyokong paparan skrin lebih besar (menerusi paparan landskap).
Saiz kelebaran 58.6 milimeter (mm), ketebalan 7.6 mm, ketinggian 123.8 mm dan seberat 112 gram menyerlahkan penampilan model terbaru iPhone yang dibangunkan dengan ciri binaan berasaskan aluminium.
Keupayaan jurutera Apple menghasilkan kad nano sim iaitu 44 peratus lebih kecil berbanding mikro sim adalah rahsia di sebalik inovasi termaju yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada produk iPhone.
Malah, menyedari keselesaan pengguna memegang model sebelumnya, Apple mengekalkan kelebarannya di mana ia mampu mempengaruhi proses penggunaannya tanpa bimbang perlu bimbang ia terlalu besar apabila dipegang.
Penggunaan cip A6 pada iPhone 5 membuka lembaran baru dalam penerokaan teknologi telefon pintar, seterusnya membuktikan tiada yang mustahil khususnya dalam pembangunan teknologi masa depan.
Malah, Apple turut berjaya menghasilkan penyelesaian selular unik pada iPhone 5, menggunapakai sistem LTE yang mampu menyokong pendekatan penggunaan dua cip iaitu masing-masing bagi tujuan aplikasi suara dan data dengan hanya menggunakan satu cip.
Apabila perbandingan kepantasan dilakukan, cip A6 mempunyai keupayaan kepantasan dua kali ganda lebih cekap berbanding cip A5.
Saranan yang disifatkan realistik bagi memberikan gambaran awal iPhone 5 sebelum ia mula memasuki pasaran tempatan adalah ia menepati keperluan pengguna berdasarkan reka bentuk berkesan bagi tujuan kegunaan harian dipertingkatkan aspek sokongan kepantasan berlandaskan teknologi masa depan.
Berbeza dengan iPhone 4S, model baru iPhone adalah 20 peratus lebih ringan dan 18 peratus lebih nipis.
Kesimpulannya, iPhone 5 menawarkan paparan lebih besar, disokong cip A6 yang pantas, dilengkapi teknologi tanpa wayar terkini dan dilengkapi kamera 8 megapiksel iSight.
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/A6Aluminium/Article
Panasonic Toughbook mudahkan kerja
Panasonic Toughbook yang menjadi perintis industri dalam komputer genggam dan tablet tahan lasak sejak 1996, melancarkan komputer buku Panasonic CF-SX2 dengan ciri-ciri amat ringan untuk peniaga profesional yang sentiasa berada di luar pejabat.
Dengan bateri boleh bertahan selama 14 jam, pemacu optikal DVD bina dalam, keupayaan sambungan 3G dan dengan berat hanya 1.21kg, Panasonic CF-SX2 menggabungkan fungsi dengan mudah alih. Bilangan golongan profesional yang perlu mengadakan mesyuarat serta bekerja di luar pejabat kian meningkat, menjadikan konsep mudah dibawa menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan perniagaan pada hari ini.
Tingkat produktiviti
Gabungan teknologi komputer terkini dalam badan yang teguh, Panasonic CF-SX2 menawarkan penyelesaian berkesan dalam meningkatkan produktiviti perniagaan menerusi gabungan mudahalih serta kuasa yang seimbang dan sempurna.
Model ini juga menggunakan selongsang aloi magnesium yang ringan lagi teguh, mengurangkan berat keseluruhan sehingga 33 peratus. Unit ini juga dilengkapkan dengan pad sentuhan menatal bulat ergonomik yang boleh disesuaikan untuk memenuhi cita rasa setiap individu.
Komputer ini menjalani ujian-jatuh dalam mod operasi dari ketinggian sehingga 76 sentimeter dan boleh menahan tekanan sehingga 100 kgf. Panasonic CF-SX2 mempunyai dua port USB 3.0 untuk pemindahan lebih cepat, port HDMI untuk output definisi tinggi yang mudah.
Slot SDXC untuk pengembangan penyimpanan atau kemasukan memori mudah, webcam 720p dan mikrofon bina dalam dan Bluetooth 4.0 untuk mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan kerja secara mudah. Dengan adaptor WWAN binaan dalaman, Panasonic CF-SX2 membekalkan sambungan internet berterusan untuk memastikan produktiviti perniagaan yang konsisten. Setiap unit dilengkapkan dengan satu salinan Windows 7 Professional (versi 32-bit / 64-bit).
Info: PANASONIC CF-SX2
Pemproses: 3rd Generation Intel Core i5-3320M
Paparan: 12.1’’ HD+, 1600 x 900
Storan: 250GB
Pemacu Optikal DVD: Terbina dalam
Berat: 1.21kg (bateri 4 sel) / 1.42kg (bateri 8 sel)
Hayat Bateri: Sehingga 9 jam (bateri 4 sel) / Sehingga 14 jam (bateri 8 sel)
Dimensi: 295 x 197.5 x 25.4mm
Rakaman foto dan video lebih cerah
AKTIVITI berhibur dan berkerja menggunakan Xperia ion lebih menyeronokkan.
Terbaru, peranti selular berkenaan telah pun memasuki pasaran negara namun diperkenalkan dalam versi Akses Paket Berkelajuan tinggi (HSPA).
Sesuatu yang unik, model itu didatangkan bersama skrin luas 4.6 inci di mana ia merupakan saiz terbesar pernah dicipta bagi rangkaian produk Xperia.
Kelebihan tersebut bakal menawarkan pengguna ruang paparan yang lebih jelas untuk tujuan berhibur dan bekerja.
Melengkapkan kecemerlangannya, Xperia ion turut disempurnakan bersama teknologi HD Reality Mobile BRAVIA Engine untuk kesan resolusi definisi tinggi (HD).
Daripada segi teknikal, model itu dipacu pemproses dua teras 1.5 GHz dengan kelajuan empat kali lebih pantas selain ruang storan binaan dalam 16 gigabit (GB).
Sistem operasinya pula mengaplikasikan platform Android 4.0.
Pengguna yang gemar mengambil foto pasti akan berpuas hati dengan telefon ini kerana ia tersedia bersama kamera 12 megapiksel.
Menerusi teknologi Sony Exmor R pula, proses mengaktifkan kamera dan merakam gambar daripada mod tunggu sedia hanya mengambil masa kurang daripada dua saat.
Dengan segala kelebihan itu, Xperia ion kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,788.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20120903/me_02/Rakaman-foto-dan-video-lebih-cerah#ixzz291Z90kX7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Nikon D3200
SISTEM peranti tanpa wayar merupakan satu aliran baru yang kini mendominasi dunia teknologi termasuk kamera. Hampir keseluruhan gajet di pasaran hari ini mengalami transformasi sedemikian.
Maka tidak hairanlah syarikat pengeluar kamera berjenama Jepun, Nikon membuat satu anjakan dalam teknologi kamera yang bertujuan memenuhi harapan pengguna setianya.
Kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) NIKON D3200 mempunyai ciri ciri keistimewaan yang lebih daripada jangkauan pengguna.
Perkongsian imej beresolusi tinggi dengan rakan-rakan melalui rangkaian sosial mahupun emel dan sebagainya membuktikan teknologi mendominasi segala aspek kemanusiaan termasuk platform berkomunikasi.
Nikon D3200 mempunyai resolusi tinggi iaitu 24.2 megapiksel setanding kamera profesional dalam kelasnya.
Walaupun ia ditampilkan khusus untuk pengguna amatur tetapi keinginan mencetak dengan pengimejan berkualiti tinggi menjadi pendorong kepada pengguna profesional untuk mencubanya.
Penggunaan sistem peranti tanpa wayar (wireless transmitter) WU-1a sebagai sistem sokongan bagi pengguna yang inginkan kepuasan perkongsian dengan rakan.
Jarak untuk sistem ini tidak melebihi 10 meter dari radiasi rakaman dan penerimaan imej tanpa halangan.
Menurut Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Profesional, Pemasaran Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR , D3200 yang menggunakan format Nikon DX merupakan kamera menggunakan enjin pemprosesan imej terbaharu Expeed 3 yang sama seperti penghasilan Nikon D4 yang digunakan khususnya golongan profesional.
Panel dial mod pemudah cara didatangkan khas dengan ciri baharu bagi pengguna yang ingin memulakan langkah pertama menggunakan DSLR.
Julat ISO mencapai sehingga 6400 serta rakaman penuh video berdefinisi tinggi (full HD).
Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, berkata, Nikon D3200 mampu merakam imej dalam cahaya malap di samping sistem berterusan kelajuan pengatup sebanyak empat bingkai sesaat (4fps).
"Kamera ini diperbaharui dengan sistem tambahan 11 kawasan titik fokus" katanya pada sesi pertemuan bersama media di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Kesinambungan teknologi pakar jurutera negara matahari terbit ini memberikan kepuasan dalam merealisasikan kehendak dan cita rasa pengguna DSLR Nikon amnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20120917/me_02/Nikon-D3200#ixzz291XLij1v
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)