Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, 13 October 2012

Kubur Atas Kubah Masjid Nabawi adakah benar?



Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?

Berikut adalah perkongsian dari fan page Syahirul.com tentang isu ini:

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..


Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memper*****kan umat islam itu sendiri. Wallahualam…

Di harap agar sesuatu perkara itu diselidik dahulu sebelum disebarkan.

Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=330206

Lokasi lokasi sistem AES



Salam warga cg kini anda boleh berhati hati dengan kamera AES sila rujuk tempat2 kamera AES untuk elakkan anda semua disaman..klik Gambar dibawah untuk paparan jelas..


Friday, 12 October 2012

Semakan Penyata Dan Baki Pinjaman KPM


Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Penyata Online dan Baki Pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) peringkat Sijil Program Politeknik dan Kolej Komuniti ambilan 1988 – 2008, berkuatkuasa mulai 1 November 2010, semua urusan pembayaran balik pinjaman hendaklah dibuat kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Jadi anda boleh buat Semakan Penyata Pinjaman KPM dan sebagainya menerusi link yang Shahrin sediakan dibawah.



SEMAKAN PENYATA DAN BAKI PINJAMAN ONLINE

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik
Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya

Talian : 03 8870 6359 / 6360 / 6356 / 6379
Faks : 03 8870 6839
Emel : enforcement@mohe.gov.my